Double You Management Services
Double You Management Services adalah Setiausaha Syarikat berlesen yang berpengalaman lebih dari 20 tahun di dalam mengendalikan khidmat rundingan perniagaan seperti pendaftaran syarikat baru, jual beli syarikat sedia ada, khidmat perakaunan, percukaian dan juga pendaftaran dengan MOK/PKK.
Kami memberikan khidmat nasihat dari segi perundangan, tatacara dan garis panduan kepada anda dari permulaan daftar syarikat sehinggalah kepada khidmat penyelengaraan tahunan yang perlu dipatuhi dari segi undang-undang di Malaysia.
Perkhidmatan
Seperti diperuntukkan Akta Syarikat Malaysia, setiap syarikat berdaftar mesti mempunyai setiausaha syarikat. Kami adalah Setiausaha Syarikat berlesen yang berpengalaman lebih dari 20 tahun. Pengalaman kami meliputi pendaftaran syarikat Sdn Bhd baru, penyelengaraan tahunan sehinggalah kepada penutupan syarikat.
Kami menyediakan perkhidmatan simpan kira-kira dan kemaskini perakaunan untuk membolehkan akaun syarikat anda diaudit dan diserahsimpan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kami menggunakan perisian untuk kecekapan dan kemudahan pelanggan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan percukaian untuk memastikan syarikat anda mematuhi perundangan berkaitan percukaian di Malaysia. Ini bagi memastikan syarikat anda dapat menyerahsimpan akaun mengikut peraturan LHDN yang telah ditetapkan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mendaftar dengan e-perolehan / Kementerian Kewangan (MOF) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Khidmat kami termasuk daftar baru, perbaharui lesen, tambah bidang, perubahan profil syarikat dan permohonan taraf bumiputra.
Terkini